Bagi projek kali ini,ia merupakan projek yang agak mencabar bagi aku.Hal ini kerana kami diminta oleh Wan B untuk membuat "Bamboo Sounds Tool" atau BST.Walaupun agak sukar pada mulanya,tetapi tugasan ini amat menyeronokan.Aku boleh membina apa sahaja alt muzik yang aku inginkan.Lalu aku telah memilih untuk membuat "Bamboo Shaker".
Bagi menghasilkan alat muzik ini adalah tidak sesukar mana.Bahan-bahan yang diperlukan juga amt ringkas.Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah sebatang buluh,batu-batu kecil,tali,dan sebilah pisau kecil.Untuk menghasilkannya,sebatang buluh diambil dan dibersihkan.Kemudian, setelah bersih,pisau digunakan untuk membuat lubang kecil bagi membolehkan batu-batu kecil diisi kedalam.Setelah batu-batu diisi kedalam buluh,lubang tadi haruslah ditutup bagi mengelakkan batu-batu kecil tersebut daripada keluar.Setelah selesai,tali perlu diikat di kedua-dua hujung dan pangkal buluh bagi memudahkan ia dibawa dan terhasilah BAMBOO SHAKER....
Setelah alat muzik dihasilkan,kami diminta untuk mempersembahkan projek yang telah dihasilkan di atas A2 board.kami perlu melakar alat muzik yang telah dihasilkan.Kemudian,kami harus menggambarkan alat muzik yang telah dihasilkan dalam perkataan.Setelah selesai,kami perlu merakamkan alat muzik tersebut secara sendirian dan berkumpulan...
No comments:
Post a Comment