Saturday, July 31, 2010

THE 101 MASK

Hai...
Tugasan baru telah tiba dari En. Wan iaitu "THE 101 MASK"
Walaupun ia merupakan tugasan,tapi tugasan kali ini amat menarik dan menyeronokan...
Kami diminta untuk membuat dua topeng muka..
Satu daripadanya adalah topeng yang menggambarkan rupa paras sendiri manakala topeng yang kedua menggambarkan mimik muka dalam keadaan hitam dan putih...
Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan topeng ini adalah:
  • surat khabar lama
  • air
  • warna air
  • gam
  • berus cat
  • tisu
Antara langkah-langkah untuk menghasilkan topeng ini adalah,pertama koyakkan surat khabar lama kepada cebisan-cebisan kecil kemudian direndamkan di dalam air...
Setelah agak basah,ambil cebisan-cebisan surat khabar tadi kemudian di letakkan di muka.
Buat beberapa lapisan dan diselangkan dengan meletakkan gam..
Biarkan seketika sehingga kering.

Beginilah hasilnya setelah kering...
Kemudian,tisu diletakkan di ats topeng bagi memudahkan proses mewarna...

Setelah gam kering,topeng tersebut harus diwarnakan...
Untuk menghasilkan topeng yang menggarbarkan mimik muka,kita harus mengulangi proses-proses yang sebelumnya...

Inilah hasilnya.....!!!!

No comments:

Post a Comment